Pengasuh dituduh aniaya bayi tiga bulan

Pengasuh dituduh aniaya bayi tiga bulan

MONSINAH Sapari didakwa menganiaya seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di bawah jagaannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam di atas tuduhan melakukan penganiayaan terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di Kangkar Pulai, dekat sini Julai lalu.

Walau bagaimanapun, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada empat anak itu didakwa menganiaya seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah kediaman di Jalan Tawakal, Kampung Kangkar Pulai, pada pukul 7.30 pagi hingga 12.44 tengah hari, 17 Julai lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Namun peguam bela tertuduh, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri meminta budi bicara mahkamah dengan membenarkan jaminan sebanyak RM5,000.

“Tertuduh merupakan seorang suri rumah dan mempunyai empat orang anak. Dia mengambil tugas menjadi seorang pengasuh untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai seorang guru,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM5,000 dan menetapkan tarikh 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya