Pengarah SPRM negeri ketuai Jawatankuasa Integriti Pafa - Utusan Malaysia

Pengarah SPRM negeri ketuai Jawatankuasa Integriti Pafa

MOHD. Azhar Jamaluddin (dua dari kiri) pada Kongres ke-63 Pafa di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menjadi persatuan bola sepak negeri pertama melantik Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti persatuan itu.

Presiden Pafa, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, pelantikan Datuk Ahmad Sabri Mohamed dibuat selepas perbincangan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, selain mengetuai Jawatankuasa Intergriti, Ahmad Sabri juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pafa.

“Maknanya apabila kita bincang mengenai program atau bincang apa-apa dalam mensyuarat exco, beliau juga ada.

“Beliau akan memberikan nasihat dan pandangan mengenai isu berkaitan kewangan.

“Jadi perkara ini terkawal, tidaklah sesuka hati saja untuk buat (mengenai kewangan) tanpa ikut peraturan, itulah tujuannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) kali ke-63 di sini hari ini.

Kongres dirasmikan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, kepimpinan baru Pafa mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri yang pernah melahirkan ramai pemain kebangsaan.

Menurutnya, antara perancangan termasuklah mengadakan kejohanan di peringkat akar umbi untuk mencari pemain berbakat.

“Kita mahu melahirkan pemain tempatan untuk mewakili negeri kerana lazimnya mereka akan bermain lebih bersemangat demi negeri,” ujarnya.

Untuk rekod, Pafa pernah digantung kira-kira dua tahun sejak 2022 kerana pelbagai kemelut dan baru sahaja dipulihkan pada Februari lalu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya