Pengambilan pelajar UniSZA telus, tidak melalui 'pintu belakang

Pengambilan pelajar UniSZA telus, tidak melalui ‘pintu belakang

 FADZLI ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Proses pengambilan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telus dan tidak melalui ‘pintu belakang’ sepertimana dakwaan seorang wakil rakyat, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, ketika ini, sebanyak 43 peratus daripada 13,849 pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus dan program pengajian di kampusnya adalah terdiri daripada golongan B40.

Oleh itu, beliau menegaskan dakwaan kononnya berlakunya kemasukan ‘pintu belakang’ pelajar ke universiti awam (UA) hingga menafikan hak pelajar dari keluarga kurang berkemampuan adalah tidak  berasas.

“Bagi sesi akademik 2024/2025, kami di UniSZA telah menerima 2,118 pelajar daripada golongan B40. Tuduhan bahawa terdapat ketidaktelusan dalam proses pengambilan pelajar adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan serta persepsi buruk terhadap imej universiti awam,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, dalam satu ceramah perdana, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Prof Dr. Haim Hilman Abdullah yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia mendakwa,  kemasukan pelajar ke universiti melalui saluran terbuka telah menafikan hak anak-anak golongan miskin dan video ucapannya itu tular dalam media sosial hingga menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Fadzli berkata, UniSZA juga telah mengagihkan bantuan berjumlah RM1.8 juta tahun ini bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

“Bantuan tersebut merangkumi pelbagai bentuk dan inisiatif termasuk kewangan, peluang pekerjaan di kampus, elaun sukarelawan, pemberian peranti digital, program pembangunan asnaf dan sumbangan zakat.

“Inisiatif ini tidak lain bertujuan memastikan pelajar B40 dan asnaf mendapat akses kepada pendidikan tanpa halangan dan sama rata seperti mana pelajar yang lebih bernasib baik,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya