Penduduk kecewa, masalah banjir termenung tiada kesudahan

Penduduk kecewa, masalah banjir termenung tiada kesudahan

KEADAAN banjir termenung yang menjejaskan 11 buah rumah penduduk di Kampung Rawai, Marang, Terengganu sejak bulan lalu. - MINGGUAN. PUQTRA HARRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Harapan dan penantian penduduk di Kampung Rawai, di sini agar masalah banjir termenung dihadapi menemukan titik noktah belum menjadi nyata apabila situasi itu berulang baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 11 buah rumah penduduk sekali lagi berdepan masalah banjir termenung sejak bulan lalu dan paras air sehingga kini belum surut sepenuhnya. 

Seorang penduduk, Ramlah Sidek, 46, berkata, senario sama terpaksa dilalui lagi itu bukan sahaja menyukarkan pergerakan tetapi membuatkan mereka kecewa kerana permasalahan tersebut seolah-olah tiada kesudahan.

“Selama sembilan tahun tinggal di sini, hampir saban tahun saya hadapi masalah ini setiap kali musim tengkujuh. Bezanya dulu cuma beberapa hari sahaja, sekarang ini bertambah serius.

“Tahun lepas berlarutan hampir dua bulan,  penduduk berdepan pelbagai kesukaran menjalani kehidupan seharian. Kali ini situasi sama terpaksa dilalui sekali lagi, sampai bila semua ini akan berlaku? 

“Kami terpaksa letak kenderaan di tempat lain dan redah air untuk keluar masuk rumah. Air bertakung di belakang rumah pula mengundang nyamuk yang begitu banyak,” katanya.

Dia berharap permasalahan tersebut mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkaitan sekali gus mengakhiri masalah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN