Pendang diarah keluar, hina speaker melalui TikTok

Pendang diarah keluar, hina speaker melalui TikTok

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat selama 10 hari selepas didapati membuat penginaan terhadap speaker melalui sebuah klip video yang dimuat naik di TikTok.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata, Awang pernah mengeluarkan ucapan negatif yang berkaitan dirinya melalui aplikasi tersebut pada 18 Julai lalu.

Kata beliau, dirinya sudah mengemukakan surat kepada pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu pada 22 Julai lalu untuk menarik balik ucapan tersebut dan membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada permohonan maaf dan tindakan yang diambil oleh Awang.

“Saya sudah menghantar surat, saya juga sudah meminta SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat) jumpa Yang Berhormat (YB) (dan) minta ketua whip bercakap dengan YB (tetapi) sampai hari ini, YB tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Kenyataan negatif YB menerusi video di TikTok bukan sahaja merupakan satu dakwaan yang sangat serius tetapi juga telah (menyalahi) hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada dewan yang mulia ini.

“Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai speaker maka saya memerintahkan YB untuk keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44(2),” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, keputusan cuba dibantah oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang menyifatkan Perkara 44 iaitu keputusan untuk menghalau adalah tertakluk kepada sifat dan kelakuan seseoran ahli yang berada di dalam dewan.

“Yang speaker rujuk adalah kenyataan di luar dewan, di dalam TikTok. Adakah YB menggunakan keputusan itu (untuk) perkara yang berlaku di luar? Adakah itu wajar?

“Itu tidak wajar, seharusnya perkara, kelakuan, perkataan (dan) ungkapan dalam dewan ini, itu YB boleh menggunakan kuasa di bawah Perkara 44 untuk menghalau orang. Kalau ini dilakukan sebagai satu, ini adalah satu yang luar biasa,” katanya.

Namun, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan bertindak menyatakan sokongan terhadap keputusan Johari tetapi ia megecohkan dewan ketika Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh diminta untuk memberikan pandangannya selaku bekas hakim.

Awang ketika mempertahankan diri berkata, beliau tidak memohon maaf kepada Johari kerana berpegang kepada kenyataannya sebelum ini.

“Saya menghormati Tan Sri Yang Dipertua, cuma saya masih mengingatkan kenyataan Tan Sri di dalam dewan ini bahawa Tan Sri tidak peduli kenyataan di luar tetapi apa-apa yang berlaku di dalam dewan itu adalah tanggungjawab Tan Sri.

“Sebab itu saya tidak respons sebab (ia berlaku) di luar dewan ini, saya masih pegang kenyatan Tan Sri. Saya mintak mintak maaf sebab itu saya nak ucap terima kasihlah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya