Pendakwah bukan kerja mengaibkan orang di khalayak

Pendakwah bukan kerja mengaibkan orang di khalayak

MOHD Na'im Mokhtar menyampaikan Anugerah Perdana Daie Murobbi kepada Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mereka yang bergiat sebagai pendakwah sewajarnya tidak bersikap buruk kepada individu atau kelompok lain kerana ia bukannya sifat teladan Rasulullah SAW.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang kesal ada segelintir berjenaka ke atas kesusahan orang lain.

“Perlakuan yang boleh mengaibkan orang apatah lagi dalam ceramah yang disaksikan pula khalayak bukanlah sikap pendakwah sebenar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pendakwah Negara 2024 dan merasmikan penutup Program Dakwah Negara 2024 di sini hari ini.

Ketika berucap, Mohd. Na’im memberikan contoh insiden jelik rakaman video yang tular memaparkan seorang pendakwah terkenal Indonesia, Miftah Maulana Habibur Rahman dan meminta golongan pendakwah di Malaysia mengambil pengajaran kisah itu.

“Meskipun dia sudah minta maaf kerana hina penjual air jalanan itu namun kesannya ia menjejaskan teruk imej agama walhal pendakwah sebar hikmah untuk rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap agar kelompok mubaligh itu menjadikan akhlak peribadi Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan apabila melaksanakan kerja-kerja dakwah di lapangan.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im memuji Yadim berjaya melaksanakan lebih 2,000 aktiviti yang disertai hampir 232,000 peserta di seluruh negara sepanjang Program Dakwah Negara.

Aktivis mualaf terkenal etnik Kadazan Dusun dari Sabah, Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah dinobatkan sebagai penerima tertinggi untuk Anugerah Perdana Daie Murabbi menerusi Anugerah Pendakwah Negara 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya