Penantian 15 tahun, pesara tentera syukur terima rumah

Penantian 15 tahun, pesara tentera syukur terima rumah

AHMAD Othman dan Rokiah Salleh menunjukkan replika kunci rumah diterima dalam Majlis Perasmian Rumah Bina Baharu Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Johor di Kampung Parit Kadir Darat di Senggarang, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Penantian 15 tahun seorang pesara tentera untuk mendapatkan rumah baharu tertunai selepas terpilih menerima bantuan menerusi Program Bina Baharu disediakan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM), Ahmad Othman, 66, bersyukur apabila hasrat memiliki rumah sendiri, tercapai walaupun perlu menunggu dalam tempoh agak lama selepas menamatkan perkhidmatan terakhirnya di Pangkalan Tentera Udara Alor Setar, Kedah pada 2001.

“Saya dan isteri bersyukur dan berterima kasih kepada JHEV, sebelum ini saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu selama dua tahun sebelum menyewa di Muar. Justeru kediaman diterima ini akan dijaga sebaiknya sebagai rumah pusaka keluarga dan tempat berkumpul bersama-sama anak-anak apabila tiba musim perayaan,” katanya selepas menerima replika kunci kediaman itu di Kampung Parit Kadir Darat di Senggarang, dekat sini hari ini.

Balu veteran ATM Allahyarham Saniman Shiri, iaitu Rokiah Salleh, 59, gembira dan bersyukur menerima bantuan serupa, biarpun akan mendiami kediaman itu bersendirian tanpa suami manakala anak sulung sudah berkeluarga dan tinggal di Muar.

“Arwah suami sebelum ini bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 13 tahun dan tempat terakhir adalah di Kuantan, sebelum meninggal dunia pada 2020,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya