Pemuda dihanyut arus ditemukan lemas di ladang sawit

Pemuda dihanyut arus ditemukan lemas di ladang sawit

PASUKAN penyelamat mengusung mayat Wan Muhammad Firdaus Wan Nasir yang ditemukan lemas di ladang sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemuda yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi laluan yang dinaiki air di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 3, semalam, ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat Wan Muhammad Firdaus Wan Nasir, 36, ditemukan kira-kira pukul 2.15 petang oleh pasukan penyelamat. 

Komander Operasi Pasukan Petugas Khas STORM Zon 2 Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan terapung pada jarak 10 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai. 

“Mayat mangsa ditemukan terapung selepas pasukan penyelamat membuat teknik olakan arus dengan menggunakan bot iaitu membuat pusingan bot beberapa kali,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Mohd. Zailani berkata, operasi pencarian melibatkan kekuatan 54 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba dan polis yang dibantu dua ekor anjing pengesan unit K9 bomba turut berdepan sedikit kesukaran ekoran faktor kedalaman air lebih tiga meter dan kawasan ladang yang dipenuhi pokok.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sebelum kejadian mangsa bersama dua rakannya dikatakan masuk ke ladang sawit tersebut kira-kira pukul 5 petang pada Sabtu lalu. 

“Mangsa dipercayai hanyut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan dihayutkan arus deras,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya