Pemuda BN saran batal Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah

Pemuda BN saran batal Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah

ANIL SANDHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa agar Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah dibatalkan agar tidak menggugat keharmonian di negeri ini.

Exco Pemuda BN, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu berkata, penganjuran perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kesan negatif kepada imej Sabah.

“Oleh itu, tidak kira siapa penganjurnya, saya menyeru agar perhimpunan ini dibatalkan demi kebaikan bersama. Untuk golongan mahasiswa, saya menyarankan mereka memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing.

“Ini adalah masa untuk menimba ilmu dan bukan terlibat dalam urusan pentadbiran negeri atau politik. Apabila tiba masanya, selepas mencapai kematangan dan memiliki kerjaya yang kukuh, barulah anda boleh menyumbang dalam arena politik dengan lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu menggesa PDRM agar mengambil langkah tegas menilai segala risiko yang mungkin timbul dan sedaya upaya menghalang penganjuran perhimpunan seperti ini.

Kata beliau, budaya sebegitu tidak harus menjadi ikutan yang boleh menggugat keharmonian negeri ini.

Anil berkata, sebagai anak jati Sabah yang mendambakan kestabilan dan keharmonian, beliau menyarankan rakyat Sabah supaya mengutamakan keamanan dan mengelakkan tindakan yang boleh menggugat keharmonian negeri ini.

Jelas beliau, budaya berhimpun bukanlah sebahagian daripada norma masyarakat di Sabah jadi, jangan meniru amalan negara-negara lain seperti yang berlaku di Bangladesh, yang akhirnya merugikan semua pihak.

Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan hati, terdapat saluran yang lebih wajar dan berhemah untuk meluahkan pandangan tanpa perlu melakukan perhimpunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya