KUALA LUMPUR: “Bidadari itu wujud dan ada.”
Itulah antara komen yang dihujani di ruangan perkongsian Instagram pelakon, Alya Iman selepas memuat naik fotonya bertudung.
Alya atau nama lengkapnya, Nur Alya Iman Azmil, 23, dilihat polos mengenakan tudung dengan baju berwarna coklat lembut ketika mempromosikan drama lakonannya bersama aktor, Nazim Othman yang berjudul, Jadikan Aku Bidadari.
“Dewi dan Najmi untuk drama Jadikan Aku Bidadari,” katanya.
Terpegun dengan kecantikan dan keanggunan pelakon itu, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Alya kembali berhijab.
“Rindu akak pakai tudung,” komen seorang peminatnya.
“Comelnya bertudung macam ini,” puji seorang lagi pengikutnya.
Pada tahun lalu, pelakon drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan itu mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik hantaran dia tidak lagi berhijab.
Meskipun menerima pelbagai kecaman, Alya tetap dengan keputusannya itu atas alasan enggan menjadi hipokrit. -UTUSAN