Pemilik kenderaan perlu peka, patuh panggilan semula pemeriksaan

Pemilik kenderaan perlu peka, patuh panggilan semula pemeriksaan

ANTHONY Loke Siew Fook menyerahkan lesen B2 kepada salah seorang penerima pada Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Langkah pengumuman pemanggilan semula untuk pemeriksaan kenderaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kebelakangan ini adalah untuk memastikan pemilik kenderaan peka dan mematuhi pengumuman yang dibuat tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, sebagaimana kebiasaan sebelum ini, pengumuman pemanggilan semula untuk pemeriksaan dibuat oleh syarikat pengeluar kereta namun kini kerajaan menetapkan syarat supaya pengumuman tersebut dilakukan oleh JPJ.

“Kami syaratkan mereka (syarikat pengeluar kereta) kena maklumkan kepada JPJ, JPJ akan buat pengumuman untuk recall, ini prosedur biasa. Kalau dulu syarikat pengeluar masing-masing akan buat pengumuman untuk minta recall dan biasanya pemiik kenderaan tidak mematuhi.

“Itu sebabnya kami syaratkan sekarang ini, mana-mana syarikat pengeluar kalau ada dapati isu teknikal dengan kenderaan itu, mahu buat recall, JPJ yang akan buat pengumuman, itu adalah pengumuman rasmi jadi pemilik kenderaan akan lebih peka untuk hantar balik kenderaan itu.

“Sebab itu kami mahu beri peringatan kepada pemilik kenderaan kalau pengumuman dari JPJ mereka kena beri perhatian supaya mematuhi syarat recall itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Besar Kuala Klawang di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tindakan JPJ memanggil semula pelbagai jenis kenderaan untuk menjalani pemeriksaan berikutan pelbagai isu teknikal yang berlaku.

Dalam pada itu, jelas beliau, walaupun bukan menjadi sesuatu kesalahan untuk pemilik kenderaan untuk tidak mematuhi pengumuman itu namun ia membawa risiko keselamatan kepada mereka.

“Bukan soal kesalahan tetapi daripada segi risiko itu mungkin kenderaan itu ada unsur yang membahayakan, jadi kalau mereka tidak menyahut panggilan balik daripada pihak JPJ mereka akan menanggung risiko keselamatan, itu yang kita tidak mahu.

“Sebab itu pengumuman daripada JPJ, orang lebih serius, kalau syarikat panggil mereka tidak mengendahkannya kerana ia bukan daripada pihak berkuasa, itu sebab sebarang pengumuman recall sekarang ini dibuat oleh JPJ,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya