Pemilihan Pengerusi PH Sabah belum muktamad?

Pemilihan Pengerusi PH Sabah belum muktamad?

CHRISTINA Liew (tiga kanan) bersama Nik Nazmi Nik Ahmad semasa majlis makan malam MPN PKR Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang berlangsung pada 1 Disember lalu seakan-akan belum muktamad.

Biarpun Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menang dengan kelebihan enam undi bagi menggantikan Datuk Seri Christina Liew sebagai Pengerusi PH Sabah, namun masih berlaku perbincangan mengenai keputusan tersebut.

Ketika ini, Biro Politik Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR masih dalam proses perbincangan mengenai lantikan Pengerusi PH Sabah.

Bekas Pengerusi PH Sabah, Christina berkata, perkara berkaitan pemilihan itu masih dalam proses perbincangan.

“Pada minggu lalu, semasa Kongres PKR di Kuala Lumpur, kami telah mengadakan perbincangan dengan Presiden PKR. Kami juga bincang perkara ini dalam Biro Politik MPN dan proses itu masih berjalan. Segalanya akan berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui semasa majlis makan malam MPN Sabah bersama Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Christina berkata, sebenarnya fokus PKR pada 2025 adalah Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan diadakan dalam tempoh sembilan bulan lagi.

Kata beliau, biarpun tempoh pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-PH Plus akan berakhir sembilan bulan lagi namun, PRN17 boleh diadakan pada bila-bila masa, maka, PKR perlu memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.

Sebelum Ewon dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah pada 1 Disember lalu, Christina telah menggalas tugas sebagai Pengerusi PH Sabah selama tujuh tahun sejak 2017. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya