Pemergian tokoh kraf: Sultan Selangor zahir rasa sedih 

Pemergian tokoh kraf: Sultan Selangor zahir rasa sedih 

Norhaiza Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Tokoh Kraf Negara, Norhaiza Noordin yang meninggal dunia semalam.

Baginda turut berasa kagum dengan kebolehan dan ketelitian Allahyarham sebagai seorang pengukir kayu tradisional hingga dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022.

Menurut hantaran di Royal Selangor Office, Allahyarham banyak menghasilkan ukiran kayu yang ditempah khas oleh Sultan Sharafuddin khususnya keris serta rehal yang kini dipamerkan sebagai koleksi peribadi baginda di Istana Alam Shah, Klang.

“Antara karya terulung Allahyarham ialah apabila diminta menghasilkan ukiran untuk hiasan dalaman Dewan Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut diiringi beberapa gambar Sultan Sharafuddin bersama Allahyarham Norhaiza.

Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada waris serta keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Adiguru Kraf Ukiran Halus itu ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Norhaiza, 61, menghembuskan nafas terakhir pada 6.13 pagi akibat masalah jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu, Kelantan meninggalkan seorang isteri dan dua anak, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Jertih, Terengganu petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya