ARAU: Pembinaan bangunan atau tapak sekolah baharu selepas ini perlu dilaksanakan di kawasan yang selamat dan tinggi bagi mengelakkan sebarang gangguan sekiranya berlaku bencana seperti banjir. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut adalah berikutan kawasan sekolah kebiasaan akan dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa terjejas. Katanya, perkara ini perlu diberikan perhatian penuh dengan pemilihan lokasi selamat bagi pembinaan bangunan dan tapak sekolah baharu tersebut. “Selain itu, ke hadapan kelak, kita juga ambil pendekatan di mana soal penyelenggaraan juga mestilah disegerakan dan bantuan akibat bencana juga mesti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya