Pemandu traktor muncul wira, gadai nyawa selamatkan 3 sekeluarga - Utusan Malaysia

Pemandu traktor muncul wira, gadai nyawa selamatkan 3 sekeluarga

MOHD. ZAKI Sulung menunjukkan lokasi kereta dinaiki tiga sekeluarga yang hanyut dibawa arus deras di kawasan ladang Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pemandu traktor bergadai nyawa demi selamatkan tiga sekeluarga yang nyaris dihanyutkan arus deras setelah kereta dinaiki tersangkut sewaktu menyeberangi jalan ditenggelami banjir.

Mohd. Zaki Sulong, 50, berkata, kejadian
sekitar pukul 4.30 petang Jumaat lalu berhampiran Pejabat Felcra Berhad Kawasan Bukit Kapah itu melibatkan seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya serta cucu lelaki.

Katanya, ketika itu dia bersama lapan ahli keluarganya termasuk isteri, Norazlina Mohd. Amin, 46, menaiki traktor dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felcra Bukit Kapah untuk mengemas barang setelah kediaman mula dinaiki air akibat banjir.

“Saya terkejut melihat sebuah Proton Wira tersekat di tengah jalan yang ketika itu digenangi air sedalam hampir satu meter sejauh kira-kira 500 meter. Saya segera turun dari trektar untuk bantu.

“Sewaktu menolong warga emas itu, pada masa sama anak lelakiny keluar dari kenderaan. Kami cuba tolak kereta ke tempat selamat tiba-tiba arus bertukar deras dipercayai kepala air, paras air juga meningkat.

“Sekelip mata, kereta hanyut dibawa arus. Isteri yang berada atas traktor menjerit setelah perasan ada seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan usia dua tahun dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui di Felcra Bukit Kapah, dekat sini.

Tambah bapa tujuh anak ini, dia bertekad meredah air sedalam hampir dua meter untuk selamatkan kanak-kanak itu dengan dibantu anak ketiga,
Muhammad Amrullah Mohd Zaki,19, memandangkan kereta telahpun hanyut sejauh 150 meter.

“Sewaktu keadaan getir itu, tiba-tiba warga emas itu meluru ke arah kenderaan untuk selamatkan cucunya sebelum dia kemudian terkapai-kapai lemas.

“Saya terpaksa berulang-alik enam kali demi selamatkan mangsa-mangsa terlibat dan hanya berpaut pada dahan kayu. Sewaktu selamatkan mangsa, saya tawakal sahaja.

“Kesemua mereka kemudian dibawa naik ke atas traktor sebelum dihantar ke tempat selamat,
syukurlah, tiada kehilangan nyawa. Saya difahamkan mereka ingin pulang ke rumah selepas membeli barang di Bandar Kuala Berang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya