Pemandu Honda sibuk ‘cucuk’ ambulans ditahan polis

Pemandu Honda sibuk ‘cucuk’ ambulans ditahan polis

Cucuk ambulans
TANGKAP layar daripada potongan video tular memaparkan tindakan pemandu kereta Honda berwarna putih dan penunggang motosikal mengekori ambulans dekat KM15 Lebuhraya Persekutuan, di Shah Alam, Selangor, pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bukan ahli keluarga ataupun kenalan, tindakan seorang pemandu kereta Honda mengekori sebuah ambulans mengundang padah apabila ditahan polis di sekitar bandar raya ini, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut tular dalam media sosial menerusi video diambil dari dalam ambulans berkenaan di Kilometer 15 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.

Menurutnya, turut kelihatan dalam video tersebut adalah sebuah motosikal yang turut mengekori ambulans berkenaan, namun ditunggang secara berbahaya kepada pengguna lain.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 4.40 petang sebuah ambulans sedang melalui jalan berkenaan menghala ke Klang, namun diekori oleh sebuah kereta Honda dan sebuah motosikal dalam keadaan yang membahayakan ambulans tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.

“Bagaimanapun, ketika polis bertemu dengan pemilik kenderaan berkenaan, dia mendakwa ketika kejadian ia dipandu oleh rakannya yang meminjam keretanya. Dia kemudian tampil ke balai polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama rakannya itu seorang lelaki berusia 28 tahun kira-kira pukul 11 malam tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, polis sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan tersebut kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yg lain.

“Polis juga meminta pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis jika mengesan sebarang kejadian sedemikian,” tegasnya.

Terdahulu, tular dalam media sosial rakaman video memaparkan tindakan pemandu kereta Honda berwarna putih yang mengekori sebuah ambulans sambil menghidupkan lampu isyarat kecemasan bersama motosikal yang ditunggangi seorang lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya