Pemandu bas didenda RM6,000 pecah cermin kereta wanita Taiwan

Pemandu bas didenda RM6,000 pecah cermin kereta wanita Taiwan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat terhadap kereta seorang wanita warga Taiwan, minggu lalu.

Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin turut memerintahkan tertuduh, Mohd. Nazri Elias, 38, dipenjara setahun jika gagal membayar denda berkenaan

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Nazri didakwa memecahkan cermin sisi dan mencalarkan kereta jenis Peugeot berwarna kelabu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM5,000 di Kilometer 0.3 Jalan Pantai menuju ke Permas Jaya, di sini pada pukul 9.05 malam, 20 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohd. Nazri yang diwakili peguam bela, Norfarahin Mohd. Yazid daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu hukuman yang minimum kerana hanya bekerja sambilan sebagai pemandu bas dengan pendapatan RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja. 

Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian yang dialami mangsa.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mendakwa ketika sedang memandu kereta dari pusat beli-belah Mid Valley ke Taman Permas Jaya, di sini hendak menukar laluan sebelum sebuah bas di belakangnya membunyikan hon yang panjang.

Mangsa telah menekan brek dan memberhentikan kereta di lorong kanan sebelum bas bertindak menghalang laluan.

Tertuduh yang ditahan polis pada 23 Disember telah turun dari bas dan datang ke pintu depan kereta pengadu dan cuba membukanya sebelum memukul cermin kereta dan tendang pintu depan kereta beberapa kali dan tertuduh naik ke atas bonet kereta pengadu dan memecahkan cermin hadan kereta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya