Pelancong ditemukan lemas bersama beg galas berisi batu bata

Pelancong ditemukan lemas bersama beg galas berisi batu bata

PELANCONG warga China ditemukan lemas di perairan Pulau Mabul, Semporna semalam-IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Seorang pelancong warga China yang disyaki terjun ke dalam laut ditemukan lemas di perairan Pulau Mabul, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pelancong lelaki tersebut ditemukan dalam keadaan masih memakai beg galas mengandungi batu-bata pada kedalaman 17 meter.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden pelancong lelaki warga China yang disyaki terjun ke laut di perairan Pulau Mabul pada pukul 11.33 pagi.

“Bertindak atas maklumat, Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dengan bantuan penyelam-penyelam dari resort berhampiran telah membantu mencari dan menemukan mayat mangsa pada kedalaman 17 meter.

“Semasa ditemukan, mangsa masih memakai beg galas berwarna kelabu mengadungi tiga batu bata. Proses bedah siasat akan dijalankan dalam masa 48 jam sekiranya masih tiada waris yang tampil untuk menuntut mayat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna telah membuka kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai kematian.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan segera menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Mohd Ali Amat di talian 013-2120852 atau menghubungi Balai Polis Semporna 089-782020 atau tampil untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai atau ibu pejabat polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya