Pelajar sekolah perlu pastikan pengajian ingin diceburi

Pelajar perlu pastikan bidang pengajian ingin diceburi

PELAJAR-pelajar bergambar di reruai Kolej Profesional MARA selepas program berlangsung.– Utusan/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelajar-pelajar sekolah yang berada di tingkatan empat perlu melihat dengan lebih jelas hala tuju bidang pengajian yang ingin diceburi mereka di pusat pengajian tinggi.

Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, para pelajar dinasihatkan supaya memilih bidang pengajian mengikut bidang pekerjaan yang menjadi impian mereka.

“Sehubungan itu, saya berharap supaya pelajar dapat memahami perincian yang disampaikan penceramah dalam program ini.

“Ambil maklum segala keperluan dan permintaan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian yang ditawarkan,”katanya ketika merasmikan Program Kerohanian Komuniti: Minda Sihat,

Kerjaya Gemilang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan MBSA di Pusat Konvensyen Shah Alam baru-baru ini.

Shahrin berkata, sempena musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pelajar tingkatan empat merupakan golongan paling tepat untuk disantuni sebelum mereka mula mengikuti sukatan pelajaran tingkatan lima.

“Tidak seperti zaman dahulu, para pelajar terpinga-pinga untuk membuat keputusan memilih bidang yang diminati ,”katanya.

Dalam program tersebut kira-kira 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang, SMK Subang Bestari dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara hadir sebagai peserta program. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN