Pekerja restoran main judi didenda

Pekerja restoran main judi didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bermain judi, bulan lalu.

Majistret Illi Mariqsa Khallizan membuat keputusan itu terhadap Ng Kian Huat,40, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh perlu dipenjara selama dua minggu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka di satu lokasi beralamat di Taman Maluri, Cheras di sini pada pukul 5 petang, 13 November lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1954 yang memperuntukkan hukuman denda maksima RM5,000 atau penjara maksima enam bulan atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, AP Chandra yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang berbentuk denda atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu.

“Anak guam saya belum berkahwin dan perlu menanggung ibunya yang sakit lutut. Beliau insaf apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut,” kata peguam bela itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya