Pekerja kilang ais mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak

Pekerja kilang ais mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak

MUHAMMAD Affandi Mohd. Azi dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu atas dua pertuduhan memiliki bahan ponografi kanak-kanak dan video lucah. - UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pekerja kilang ais mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Berang, di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki ponografi kanak-kanak dan video lucah.

Muhammad Affandi Mohd. Azi, 33, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak  di Kampung Batangan, Marang pada pukul 8.50 malam, 23 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Affandi boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017 yang jika disabit kesalahan  boleh dipenjara selama tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki video lucah pada tarikh, masa dan tempat yang sama di mana boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.  Mahkamah turut menetapkan 15 Januari ini sebagai tarikh hukuman di Mahkamah Majistret Marang. 

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Asisten Superintenden Tuan Norhasnida Tuan Nordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya