Pekan Papan dalam penilaian Tapak Warisan Dunia UNESCO - Utusan Malaysia

Pekan Papan dalam penilaian Tapak Warisan Dunia UNESCO

Dr. Goh Ai Tee (dua dari kiri) dan Carl Warner (kiri) ketika meninjau bangunan lama di pekan Papan di Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Pekan Papan di sini dalam penilaian untuk mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa Monumen dan Tapak-Tapak Bersejarah Malaysia (Icomos) Dr. Goh Ai Tee berkata, sejarah pekan Papan yang autentik dan mempunyai nilai warisan menjadikannya berpotensi untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

“Pekan Papan merupakan bandar perlombongan bijih timah yang penting suatu ketika dahulu.

“Namun ia terjejas akibat gangguan komunis termasuk kemerosotan industri perlombongan pada era 1970-an dan 1980-an.

“Dari segi pengiktirafan Unesco, kita perlu memilih contoh terbaik untuk mewakili Malaysia dan pekan Papan adalah salah satu contoh yang terbaik bagi sebuah Kampung Baru di dalam bandar lama,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika menerima kunjungan Kurator Utama Muzium Perang Imperial di London, Carl Warner yang melawat pekan tersebut serta melihat dokumen lama peninggalan zaman British di pekan Papan di sini hari ini.

Menurut Ai Tee , pihaknya sudah mengadakan taklimat bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai usaha untuk mendapatkan pengiktirafan itu pada awal tahun ini.

Beliau berkata, antara kriteria yang dipertimbangkan untuk penilaian bagi Tapak Warisan Dunia Unesco termasuk perancangan dan warisan budaya untuk Kampung Baru.

Pada Jun tahun lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tujuh Kampung Baru di negara ini dipilih untuk diserahkan kepada Unesco bagi mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya