BAGAN SERAI: Pejabat kedutaan Malaysia di India menghadiahkan troli baharu kepada dua sahabat dari negeri ini yang dalam misi berjalan kaki ke Mekah. Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, berkata, hadiah itu juga sebagai tanda sokongan kakitangan pejabat kedutaan untuk digunakan dalam perjalanan menuju ke Pakistan. “Troli yang kami gunakan sepanjang perjalanan dari Bagan Serai, Perak hingga ke Hatyai, Thailand sebelum ini terpaksa ditinggalkan kerana kos untuk membawanya menaiki kapal terbang memakan belanja besar iaitu sebanyak RM13,000 bagi sebuah troli,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia. Kedua-dua mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya