Pegawai kesihatan maut, tujuh cedera kemalangan di Pekan

Pegawai kesihatan maut, tujuh cedera kemalangan di Pekan

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer 37 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN:  Seorang pegawai perubatan maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 37 Jalan Kuantan-Segamat, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam ketika kenderaan jenis Perodua Myvi dinaiki Nur Ezyyantie Aliakbar, 30, yang merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Temai, di sini bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, sebuah lagi kenderaan jenis Honda HR-V dinaiki empat sekeluarga dari arah Kuantan menghala ke Port Dickson, Negeri Sembilan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Myvi dinaiki mangsa. 

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa yang merupakan penumpang hadapan Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh yang lain dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. 

“Pemandu Honda HR-V dan tiga ahli keluarganya menerima rawatan di zon kuning manakala pemandu Myvi yang merupakan suami mangsa dan dua anaknya sedang menerima rawatan di zon merah. Salah seorang anak mangsa yang berusia 12 tahun sedang ditidurkan di zon merah,”katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu Honda HR-V yang cuai semasa memandu kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya