PDRM belum terima permohonan permit perhimpunan aman mahasiswa UMS

PDRM belum terima permohonan permit perhimpunan aman mahasiswa UMS

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan premium insurans kesihatan dan takaful perlu dihadkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tidak melebihi 10 peratus.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, pelaksanaan tersebut perlu dibuat secara langkah interim sejajar dengan kadar inflasi kesihatan negara

Katanya, setakat ini sebanyak 256 aduan diterima sejak sebulan lalu berhubung kenaikan premium insurans kesihatan dan takaful yang dikatakan amat tinggi.

“Yang mengadu kepada kami adalah dalam kalangan golongan pertengahan (M40) dan juga golongan berpendapatan rendah (B40). Ramai pengadu adalah dalam kalangan pesara dan pesakit kanser,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen semalam.

Sebagai langkah jangka masa panjang, BNM dan Kementerian Kesihatan disaran untuk menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji industri insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara keseluruhan dari aspek polisi, perundangan, kawal selia serta penguatkuasaan.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 26 November lalu, polisi insurans perubatan semakin membebankan apabila ia dijangka naik antara 40 hingga 70 peratus tahun depan.

Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh para penanggung polisi kepada pengguna me-
maklumkan mengenai kenaikan premium itu.

Susulan daripada itu, BNM mengarahkan syarikat insurans dan pengendali takaful menyemak strategi penentuan semula harga bagi memastikan ia lebih wajar.

BNM dijangka mengumumkan penyelesaian terhadap isu kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi bagi mengawal kenaikan premium insurans kesihatan dan takaful. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya