PDRM belum terima permohonan permit perhimpunan aman mahasiswa UMS

PDRM belum terima permohonan permit perhimpunan aman mahasiswa UMS

KASIM MUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis belum menerima sebarang permohonan permit daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ingin mengadakan perhimpunan aman gempur rasuah Sabah pada 31 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya hanya mengetahui tentang perhimpunan yang bakal diadakan di Menara Kinabalu itu melalui laman media sosial.

“Kita memberi kebenaran kerana perhimpunan aman siapa-siapa pun boleh berhimpun, tiada masalah. Tapi, kena ikut peraturan mesti dapatkan permit kita (PDRM) dulu,” katanya yang menjangkakan kira-kira 30 hingga 50 orang menghadiri perhimpunan aman itu.

Jelasnya, permit PDRM boleh dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum sebarang perhimpunan aman dilakukan.

Perhimpunan kali ini adalah kedua selepas kali pertama diadakan pada 14 Jun lalu mengenai isu gangguan bekalan air di UMS dan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya