PayNet untung RM544 juta caj RM1 di ATM

PayNet untung RM544 juta caj RM1 di ATM

J. SOLOMON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) memperoleh hasil sebanyak RM544 juta dan keuntungan RM271 juta daripada fi pengeluaran tunai RM1 di ATM.

Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon menyifatkan, caj RM1 setiap kali seseorang mengeluarkan wang daripada ATM tidak munasabah kerana ia lebih menguntungkan syarikat tersebut.

“Pada 2023, PayNet meraih untung kasar RM544 juta dan untung bersih RM271 juta dan dilaporkan mengekalkan keuntungan terkumpul dari tahun terdahulu berjumlah RM1.43 bilion serta memiliki aset RM2.1 bilion.

“Di mana keadilannya? Keuntungan ini hasil tindasan kelas pekerja yang miskin dan Bank Negara (BNM) bersekongkol dalam hal ini.

“PayNet dalam tahun kewangan sama dilaporkan mengekalkan keuntungan terkumpul dari tahun terdahulu berjumlah RM1.43 bilion serta memiliki aset RM2.1 bilion.

“Ini tidak adil apabila golongan berpendapatan rendah B40 membayar ‘tol’ ini di ATM yang memburukkan lagi kewangan mereka, sementara eksekutif PayNet seronok mengaut keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, PayNet dan pemegang sahamnya termasuk BNM digesa memansuhkan fi pengeluaran tunai RM1 di ATM yang dilihat membebankan pelanggan, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah.

Ini kerana majoriti pelanggan terkesan dengan fi tersebut adalah daripada kumpulan berpendapatan rendah, termasuk sejumlah besar ahli kesatuan yang sedang bergelut memenuhi keperluan keluarga mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya