Pasukan dari China sertai bola sepak jemputan antarabangsa di Ipoh - Utusan Malaysia

Pasukan dari China sertai bola sepak jemputan antarabangsa di Ipoh

RAJA Azlan Shah Raja Soib (tengah) pada sidang akhbar mengenai penganjuran Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12 di pejabat Perak FC di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pasukan dari Wilayah Hainan, China akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Bawah 12  yang akan diadakan Padang Kelab Rekreasi China Perak (PCRC) di sini pada 20 dan 21 Disember ini.

Pasukan tersebut ialah Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC.

Pengarah Teknikal kejohanan, Raja Azlan Shah Raja Soib berkata, dua pasukan dari China itu merupakan antara lapan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

Menurutnya, enam lagi pasukan ialah ATM Gladiators, Dia Kickers (Manjung), Ipoh Friday, Perak FC Academy dan PCRC A dan B.

“Kejohanan anjuran bersama Perak FC dan PCRC ini pertama kali diadakan di Ipoh. Kejohanan ini adalah medan untuk mendedahkan pemain muda saingan di peringkat tinggi.

“Kejohanan ini pentas terbaik memupuk bakat pemain di peringkat akar umbi, ” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perak FC di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Teknikal Perak FC yakin kejohanan tersebut akan memberi manfaat kepada pemain lapan pasukan yang bersaing.

“Pertandingan ini dianjurkan sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia – China dan Tahun Melawat Perak 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya