Pasir Mas daerah terbaharu dilanda banjir 

Pasir Mas daerah terbaharu dilanda banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasir Mas menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Kelantan selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini.

PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Pasir Mas itu menempatkan  seramai 11 mangsa banjir daripada tiga keluarga.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata, bagaimanapun sehingga pukul 4 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 742 orang daripada 222 keluarga berbanding 882 orang pagi ini.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir itu menurun setelah dua PPS di Machang ditutup sepenuhnya tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya