Pasar Siti Khadijah diserbu, Rantau Panjang lengang

Pasar Siti Khadijah diserbu, Rantau Panjang lengang

ORANG ramai mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuti sekolah yang bermula Sabtu lalu menyaksikan Pasar Siti Khadijah di sini terus menjadi pilihan orang ramai untuk membeli pelbagai barangan makanan termasuk pakaian.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengunjung pasar itu me makanan kering seperti keropok, kerepek dan serunding untuk dibawa pulang ke destinasi masing-masing.

Seorang pelanggan dari Negeri Sembilan, Aiman Daus Jamingan, 38, berkata, setiap kali berkunjung ke Kelantan, dia mesti singgah di Pasar Siti Khadijah untuk membeli makanan kering.

Katanya, keropok, serunding dan dodol antara makanan menjadi pilihan dibawa pulang.

“Biasanya saya berbelanja sebanyak RM200 untuk membeli makanan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pembantu kedai keropok, Amishar Mohd. Nasir, 17, berkata, walaupun cuti sekolah kali ini singkat, masih ramai perantau dan pelancong yang singgah di Pasar Siti Khadijah untuk mendapatkan pelbagai barangan.

Katanya, jika cuti sekolah panjang, pasar itu menjadi sesak sekali gus tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Sementara itu, Pengerusi Peniaga Bazar Siti Fatimah di Rantau Panjang Zamri Idris berkata, zon bebas cukai tersebut lengang meskipun cuti sekolah ketika ini.

Katanya, situasi itu berbeza selepas pekan itu dilanda banjir baru-baru ini kerana peniaga mengambil kesempatan untuk membuat lelongan bagi menampung kerugian akibat musibah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya