Pasangan kekasih ditahan miliki dadah

Pasangan kekasih ditahan miliki dadah

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Polis menahan pasangan kekasih dipercayai menyimpan dan memiliki dadah syabu di Jalan SS15/3B, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 45 tahun bekerja sebagai buruh binaan ketika menunggang motosikal Modenas Kris hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan Dewan Serbaguna MBSJ SS15/4 di sini.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan ke atas suspek tidak menemukan barangan salah namun semakan lanjut mendapati dia mempunyai rekod orang dikehendaki berkaitan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan empat rekod jenayah lampau serta tiga rekod narkotik.

“Hasil siasatan awal suspek  mengaku menyimpan barang salah iaitu dadah jenis syabu di sebuah rumah di Jalan SS15/3B di sini.

“Suspek telah membawa ke rumah itu dan menunjukkan bilik kedua sebelum keluar suspek wanita berusia 22 tahun tidak bekerja,” katanya di sini hari ini.

Wan Azlan berkata, semakan mendapati wanita itu mempunyai dua rekod lampau narkotik.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik menjumpai satu beg berwarna merah biru yang mengandungi 15 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabi anggaran berat 8.5 gram.

“Kedua-dua mereka kemudian ditahan dan dadah dirampas untuk siasatan dijalankan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata,  suspek direman tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membantu siasatan.

“Mengedar atau memiliki dadah adalah salah dari segi undang-undang negara, oleh itu masyarakat dinasihatkan supaya jangan sesekali terlibat dalam apa jua aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada balai polis yang berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya