Pas dakwa agenda Madani tidak tulen

Pas dakwa agenda Madani tidak tulen

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah didakwa sebagai tanda agenda Madani oleh kerajaan tidak tulen dan berlandaskan ajaran Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri cuba untuk menyambung semula langkah D-8 kepada matlamat yang lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya empat negara sahaja yang terlibat apabila kerajaan menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Disember 2019.

Ketidakhadiran Perdana Menteri Malaysia kini yang membawa slogan Madani menunjukkan perjuangannya bukan Madani Islam yang sebenar bersempena bandar Madinah yang dinamakan oleh Rasulullah SAW.

“Akan tetapi, perjuangannya bergantung kepada Madani Jahiliah seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan BlackRock,” katanya menerusi tulisannya yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, hari ini.

D-8 yang diasaskan pada 1996 itu merupakan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara yang membangun iaitu antaranya melibatkan Bangladesh, Mesir, Iran, Indonesia, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turki.

Malaysia diwakili Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bagi mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak D-8 kali ini yang diadakan di Kaherah, Mesir.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu mendakwa perjuangan kemerdekaan negara masih belum selesai kerana masih dijajah oleh ‘penjajah’ baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya