PARLIMEN: Tolak bertugas di pedalaman, Sabah Sarawak punca petugas kesihatan letak jawatan

PARLIMEN: Tolak bertugas di pedalaman, Sabah Sarawak punca petugas kesihatan letak jawatan

LUKANISMAN Awang Sani - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enggan bertugas di pedalaman Sabah dan Sarawak menjadi punca petugas kesihatan meletakkan jawatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, namun pihaknya akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah perletakan jawatan oleh petugas kesihatan yang menjadi masalah utama pada ketika ini.

Katanya, antara punca kepada permasalahan tersebut adalah taburan petugas kesihatan yang tidak menepati kehendak, sekali gus ramai di antara mereka yang menolak untuk ditugaskan di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak meskipun ditawarkan ke jawatan tetap.

“Faktor ini kadang-kala dipengaruhi pilihan sendiri oleh pegawai kesihatan, apa yang berlaku ketika ini, ada yang dapat jawatan tetap yang ditawarkan ke negeri pantai timur, Sabah, Sarawak dan terdapat juga tawaran tersebut ditolak dan merayu untuk kekal di semenanjung..ini krisis yang berlaku ketika ini.

“Jika masalah ini tidak ditangani, Sabah dan Sarawak akan berdepan masalah kekurangan doktor di hospital dan klinik. Jadi ini juga memerlukan satu perbincangan yang lebih komprehensif bagaimana untuk menyiapkan graduan perubatan untuk bersiap sedia menerima posting yang mereka dapat,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli  dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan langkah jitu daripada pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah perletakan jawatan yang berlaku dalam kalangan petugas kesihatan.

Untuk rekod, seramai 6,417 pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak telah meletakkan jawatan sejak tahun 2019 sehingga 2023.

Mengulas lanjut, Lukanisman turut berkata, pihaknya akan menambah baik sistem penggiliran petugas kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah perletakan jawatan dalam kalangan mereka.

“Contohnya, jika ada doktor yang ditempatkan di Miri dan ditugaskan di Long Bemang, Baram, mungkin kita tidak akan membiarkan doktor tersebut untuk tinggal di kawasan tersebut dengan tempoh yang panjang, jadi kita akan menggunakan kaedah rotation (penggiliran) kerana tidak mahu pegawai kita burn out (stress) dan ada masalah tekanan mental serta menjejaskan kesihatan mereka,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya