PARLIMEN: Sukan SEA 2027, Kerajaan tidak bercadang bina stadium baharu

PARLIMEN: Sukan SEA 2027, Kerajaan tidak bercadang bina stadium baharu

ADAM Adli Abd. Halim - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk membina stadium baharu bagi persediaan Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Sarawak.

Timbalan Menteri, Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf stadium sedia ada bagi memastikan fasiliti tersebut memenuhi keperluan penganjuran temasya sukan tersebut.

“Kementerian tidak bercadang untuk membina sebarang stadium baharu, tetapi kita akan membaiki dan menaiktaraf stadium Sarawak,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Roy Angau anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) yang memintanya menyatakan rancangan untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan.

Terdahulu, Sarawak disahkan menjadi hos bersama temasya terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA 2027.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

“Berikutan keupayaan Sarawak menganjurkan SUKMA XXI yang terbaik, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia bersetuju bersama Sarawak menganjurkan Sukan SEA 2027,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya