PARLIMEN: RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 peruntukan hukuman bagi kesalahan terhadap kanak-kanak

PARLIMEN: RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 peruntukan hukuman bagi kesalahan terhadap kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pesalah yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah bakal dikenakan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.a

Hukuman tersebut dicadangkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan membentangkan RUU itu bagi meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini sementara bacaan kali kedua pula dibentangkan pada sesi sidang sama.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, Fasal 91(c) mencadangkan untuk memasukan subseksyen Baharu ke dalam Seksyen 233 akta tersebut.

Ia bagi memperuntukkan hukuman berbeza dan lebih tinggi jika kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun dan mentafsirkan kesalahan itu dilakukan sebagai kesalahan boleh tangkap.

Subseksyen baharu itu juga memperuntukkan pesalah boleh dedenda selanjutnya RM5,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Fasal 91(a) i) pula mencadangkan penggantian perkataan ‘jelik’ dengan perkataan jelik melampau pada Seksyen 233 (1), manakala Fasal 91(a) (ii) bertujuan untuk memasukkan unsur kesalahan yang baharu dalam subseksyen sama berhubung dengan perlakuan apa-apa fraud dan kecurangan kepada mana-mana orang.

Sementara itu, Subfasal 91(d) mencadangkan memasukkan Subseksyen (4)(a), berhubung penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang.

“Subseksyen (4)(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalannya untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan di bawah Subseksyen (4).

“Apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RMl juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bole didenda selanjutnya RM10,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan,” menurut naskhah itu.

Selain itu, Fasal 92 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 233A dalam Akta 588 untuk melarang seseorang daripada menghantar, menyebabkan dihantar atau membenarkan penghantaran pesanan elektronik komersial tanpa diminta.

Peruntukan itu juga berkait dengan kemasukan perenggan baharu 16(1)(ha) Akta 588 yang memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan perkara ini.

Fasal 93 bertujuan untuk meminda Subseksyen 234(3) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah Seksyen 234 akta itu daripada RM50,000 kepada RM500,000, dan hukuman penjara daripada setahun kepada lima tahun.

Pindaan menerusi Fasal 94 bertujuan menggantikan Seksyen 235 Akta 588 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah Subseksyen 235(1) dan (2) sedia ada Akta 588, dan untuk memasukkan larangan mengenai milikan apa-apa kemudahan rangkaian yang telah dikeluarkan secara tidak sah dari segi undang-undang.

Dalam pada itu, Subfasal 95(a) dan (b) pula bertujuan untuk meminda Subseksyen 236(1) Akta 588 untuk meluaskan skop tindakan yang terjumlah kepada fraud dan aktiviti berkaitan berhubung dengan peranti capaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya