PARLIMEN: PPD tentukan SPM boleh diteruskan di kawasan banjir

PARLIMEN: PPD tentukan SPM boleh diteruskan di kawasan banjir

WONG Kah Woh ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa memutuskan sama ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh diteruskan terutama di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, PPD lebih mengetahui sama ada kawasan tersebut berupaya untuk meneruskan SPM selepas melihat situasi di kawasan masing-masing.

Kata beliau, Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) sudah mengadakan perbincangan dan mendapat pandangan dengan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi banjir di kawasan masing-masing.

“Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian seperti dalam sidang akhbar yang telah dikendalikan oleh Menteri pada hari semalam.

“Pihak KPM akan memastikan calon-calon SPM ini bersedia dengan peperiksaan yang dijadualkan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Ali Biju (PN-Saratok) yang meminta penjelasan mengenai SPM 2024.

Terdahulu, media melaporkan, KPM akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula hari ini hingga Khamis.

Penerusan peperiksaan tersebut dilakukan selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Malah, Fadhlina dilaporkan mengesahkan seramai 5,377 calon SPM 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir kali ini.

Katanya, kesemua calon itu sudah pun ditempatkan di asrama sekolah dan pusat peperiksaan alternatif sejak semalam.

Jelasnya, calon paling ramai terjejas ialah di Kelantan dengan 3,111 orang, Terengganu (1,734 orang) dan Kedah (532 orang).

“Calon terjejas banjir sedang dan telah digerakkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif. Ini untuk memastikan calon dapat keselesaan dan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selain itu, keperluan tambahan asrama untuk penyediaan makanan akan disalurkan segera oleh KPM dan kualiti penyediaan makanan dititikberatkan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya