PARLIMEN: PLKN 3.0: Kerajaan hanya beri elaun perjalanan, bukan harian

PARLIMEN: PLKN 3.0: Kerajaan hanya beri elaun perjalanan, bukan harian

MOHAMED Khaled Nordin semasa sesi Dewan Negara, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menafikan laporan berhubung pemberian elaun harian sebanyak RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya kerajaan hanya menyediakan elaun perjalanan pergi dan balik peserta PLKN 3.0 sahaja yang bermula Januari ini.

“Elaun seharian setiap hari itu memang tidak ada perbincangan (dan) persetujuan.

“Sebenarnya, elaun kerajaan sedia tampung ialah tuntutan perjalanan dan tidak kepada elaun setiap hari mengikuti latihan PLKN,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Kementerian Pertahanan dilaporkan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Bagaimanapun, laporan tersebut menyebut setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled turut berkata, secara purata kerajaan membelanjakan RM64 sehari bagi seorang peserta PLKN 3.0 untuk makan, minum, penginapan dan segala keperluan mereka.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan yang pada sesi kali ini juga ia melibatkan 200 orang peserta dengan membabitkan 148 lelaki dan 52 perempuan.

“Sebanyak 564 peserta diterima secara sukarela, tetapi kita hanya terima 200 peserta sahaja untuk tempoh latihan percubaan, bermula 12 Januari sehingga 225 Februari dan seterusnya kita akan asingkan lelaki dan perempuan.

“Bagi siri seterusnya di kem wataniah, kita akan pecahkan dan tidak akan campurkan,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya