PARLIMEN: PAC kesan kelemahan tadbir urus, pematuhan undang-undang dalam kementerian, agensi kerajaan

PARLIMEN: PAC kesan kelemahan tadbir urus, pematuhan undang-undang dalam kementerian, agensi kerajaan

DATUK Mas Ermieyati Samsudin-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu tadbir urus dan pematuhan undang-undang membabitkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, merupakan antara enam isu utama yang ditemui oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporan-laporan dibentangkannya sepanjang tahun ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara tersebut menunjukkan masih terdapat kelemahan struktur dan proses dalam institusi dan agensi kerajaan secara keseluruhan.

“Manakala, isu pengurusan kewangan dan pelaburan pula dilihat sering menjadi cabaran bagi agensi-agensi dalam usaha memastikan keberkesanan strategi selain untuk mengawal sumber dalaman organisasi.

“PAC juga mendapati bahawa pengurusan projek, infrastruktur dan kontrak amat kritikal dalam meningkatkan keberkesanan program pembangunan awam secara keseluruhan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media, Bangunan Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, isu lain ditemui oleh PAC adalah konflik kepentingan dalam organisasi, kelestarian operasi yang tidak mencerminkan keupayaan sesebuah organisasi untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan dalam jangka panjang.

Selain itu katanya, isu pemerkasaan atau penggunaan teknologi yang tertumpu kepada konteks khusus.

“Justeru, PAC dalam laporan-laporan yang dibentangkan terutama sekali dalam Laporan Tindakan Susulan tersebut telah mengesyorkan dan memberikan ulasan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kementerian, jabatan dan agensi berkenaan.

“Ini terutamanya bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam organisasi demi memperkukuh tadbir urus sekali gus mengurangkan risiko pembaziran, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam penggunaan dana awam,” jelasnya.

Tambahnya, perkara tersebut perlu dibuat bagi memastikan pengurusan yang telus, cekap dan berintegririti dalam setiap peruntukan kewangan diperuntukkan untuk projek serta program awam dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan awam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya