Parlimen: Malaysia belum ada kawalan standard kos rawatan - Utusan Malaysia

Parlimen: Malaysia belum ada kawalan standard kos rawatan

MALAYSIA perlu memperkenalkan kawalan kos standard dalam sektor perubatan bagi memastikan keadilan dan ketelusan kepada rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu memperkenalkan kawalan kos standard dalam sektor perubatan bagi memastikan keadilan dan ketelusan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini merangkumi pelaksanaan sistem Diagnosis-Related Group (DRG) yang telah digunakan di banyak negara untuk menilai kos rawatan secara munasabah.

Kata beliau, selama ini kita hanya merujuk kepada pakar (specialist) dan mereka yang menentukan kos rawatan.

“Apa yang perlu diadakan adalah DRG. Malaysia ini belum ada lagi kawalan tentang menstandardkan kos.

“Kita rujuk kepada pakar dan dia tentukan tetapi ada garis panduan yang disebut DRG ini. Apakah munasabah kos untuk MRI atau CT Scan sedemikian yang ditentukan, jadi ini harus dikawal, itu yang pertama,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan sedang mengkaji beberapa amalan di negara Barat berkenaan jaminan rawatan susulan selepas pemasangan stent.

Kata beliau, ia seperti yang berlaku di Amerika apabila timbul mengenai apakah jaminan bahawa pesakit akan kekal sihat dalam tempoh dua atau tiga tahun selepas prosedur tersebut.

“Jika pesakit kembali ke hospital dengan masalah yang sama, adakah hospital itu wajar menanggung sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan susulan?Hal-hal ini sedang dikaji oleh KKM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya