PARLIMEN: Lebih 122,000 murid Tahun 1 belum kuasai 3M

PARLIMEN: Lebih 122,000 murid Tahun 1 belum kuasai 3M

FADHLINA Sidek - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 122,062 murid Tahun 1 masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Bermula Sesi Akademik 2024/2025, seramai 448,113 murid Tahun 1 telah melalui saringan pengesanan awal literasi dan numerasi. Hasil saringan tersebut, seramai 122,062 murid atau 27.25 dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas 3M.

Kumpulan murid itu dibawa untuk mengikuti Program Intervensi Tahun fasa pertama dan diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif mulai Julai hingga September 2024.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seramai 48,308 murid atau lebih 39.5 peratus berjaya menguasai kemahiran asas 3M berdasarkan analisis data yang berakhir pada 30 Oktober lalu.

Kata beliau, murid yang berjaya kemahiran asas tersebut sudah kembali mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PdP) di kelas biasa.

“Manakala 73,754 murid yang belum mencapai tahap penguasaan meneruskan intervensi untuk fasa kedua untuk tempoh tiga bulan iaitu dri Oktober sehingga Disember lalu.

“Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M selepas menjalani intervensi Fasa 2, mereka akan dicalonkan untuk mengikuti intervensi dalam Program Pemulihan Khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan apabila di Tahun 2.

“Program ini menyediakan bimbingan secara intensif untuk memastikan mereka mendapat perhatian yang sewajarnya sehingga mampu mencapai tahap literasi dan numerasi yang diharapkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (PH-Ayer Hitam) yang memintanya menyatakan status semasa pelaksanaan Intervensi Kurikulum Murid Tahap Satu bagi menangani isu keciciran pembelajaran.

Beliau turut meminta Fadhlina menyatakan sejauh manakah penjajaran semula standard pembelajaran dan kandungan bagi mata pelajaran sains dan matematik memberi impak positif terhadap bebanan para guru di sekolah rendah dan menengah.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MoF) melalui Program Anak Kita, diterajui oleh Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah.

Jelasnya, program tersebut bertujuan menangani isu keciciran pembelajaran, dengan fokus khusus kepada peningkatan tahap literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

“Dalam usaha ini, seramai 53,252 murid daripada 1,288 sekolah rendah di tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah dilibatkan.

“Tahun ini, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program ini, manakala tambahan RM30 juta lagi diperuntukan untuk pelaksanaan tahun 2025,” katanya.

Tambahnya, KPM komited dalam memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan terus dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa demi kebaikan guru dan murid di seluruh negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya