PARLIMEN: KPM lakukan `penaziran’ semula

PARLIMEN: KPM lakukan `penaziran’ semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan ‘penaziran’ semula berkaitan ‘Tujuh Langkah untuk Kurangkan Beban Guru’ yang pernah dikeluarkan pada Februari tahun lepas.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa ahli dilantik untuk melakukan penaziran bagi memahami dan memperhalusi langkah tersebut supaya beban guru benar-benar dapat dikurangkan.

Menurutnya, penaziran itu amat penting bagi memastikan bahawa ‘Tujuh Langkah’ yang diperkenalkan bukan sekadar cadangan, tetapi benar-benar memberikan manfaat kepada pendidik.

“Penaziran ini penting supaya ‘7 Langkah’ itu bukan sekadar langkah, tetapi betul-betul berguna untuk mengurangkan beban pendidik kita,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, KPM memutuskan untuk memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid.

Perkara itu antara tujuh langkah segera diputuskan KPM bagi mengurangkan beban tugas guru di sekolah yang berkuat kuasa bagi sesi persekolahan baharu 2023/2024.

Menurut Fadhlina, pelantikan pengawas peperiksaan awam dikendalikan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dibuka kepada individu selain guru.

“Pelantikan itu terbuka untuk pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT), namun ia perlu memenuhi kriteria ditetapkan.

“Selain itu, kami juga akan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya