PARLIMEN: KKM teliti wujudkan laporan kesihatan mental pekerja secara berkala

PARLIMEN: KKM teliti wujudkan laporan kesihatan mental pekerja secara berkala

LUKANISMAN Awang - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) meniliti cadangan untuk mewujudkan sebuah laporan kesihatan mental pekerja merentasi sektor sektor swasta dan awam secara berkala.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM mengumpul maklumat dan laporan mengenai kes kesihatan mental pekerja di seluruh negara.

Kata beliau, masalah tersebut bukan sahaja dilihat pada pekerja di sektor awam sahaja tetapi juga swasta memandangkan negara mempunyai tenaga kerja yang luas.

“Syarikat besar yang mendapat keuntungan besar, sudah pasti ada sesuatu mereka lakukan yang akan membebankan kesihatan mental pekerja-pekerja di sektor swasta. Begitu juga bukan hanya di KKM, saya melihat juga di kementerian-kementerian dan agensi lain.

“Ramai pegawai dan penjawat-penjawat awam termasuk yang berada di Parlimen memerlukan saringan kesihatan mental kerana bebanan kerja politik yang mereka pikul,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang memintanya menyatakan sama ada kerajaan menetapkan laporan mental kesihatan pekerja dibuat secara berkala bagi memastikan pemantauan rapi dapat dibuat.

Dalam pada itu, Lukanisman Awang berkata, kerajaan juga mahu membudaya dan menormalisasikan saringan kesihatan mental pekerja.

“Ini supaya saringan kesihatan mental akan menjadi satu budaya dan perkara yang dibiasakan. Laporan-laporan berkala akan kita usahakan untuk dimaklumkan kepada dewan ini serta masyarakat umum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya