PARLIMEN: Kerajaan teliti kajian JICA untuk bina tebing tinggi di pantai atasi banjir - PM

PARLIMEN: Kerajaan teliti kajian JICA untuk bina tebing tinggi di pantai atasi banjir – PM

ANWAR Ibrahim-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut pernah dibangkitkan sekitar 20 tahun lalu.

Kata beliau, JICA boleh diusahakan kerajaan selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara berjaya diselesaikan.

“Ada cadangan saya ingat lama dah 20 tahun lebih yang lepas, dicadangkan oleh Kerajaan Jepun iaitu projek JAICA umpamanya untuk mengatasi masalah banjir di pantai barat (Malaysia) dan ketika itu tahun 90-an, keperluan perbelanjaan itu sudah mencecah RM10 bilion, sekarang mungkin dah RM20 bilion.

“Antara lain study (kajian) JICA untuk bina tebing-tebing tinggi di seluruh kawasan pantai. Sudah tentu ini akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai masalah tebatan banjir kita,” katanya semasa sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu pendekatan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir tahunan yang menelan kos ratusan juta setiap tahun.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tidak ada negara yang dapat memastikan tidak menghadapi bencana walaupun mempunyai teknologi canggih seperti di China, Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagaimanapun, jelasnya, usaha untuk menangani ia tetap perlu ada.

“Apakah ikhtiar kita? Belanja yang tinggi mencecah hampir RM15 bilion ringgit untuk projek RTB.

“Projek RTB seperti kita tahu itu menyeluruh, Semenanjung, Sabah, Sarawak. Adakah ini mencukupi? Masih belum tetapi untuk kita tumpu itu sahaja tentunya tidak cukup,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya