PARLIMEN: Kerajaan diminta kemukakan jaminan bertulis untuk perolehan aset tentera

PARLIMEN: Kerajaan diminta kemukakan jaminan bertulis untuk perolehan aset tentera

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengeluarkan jaminan bertulis yang mengandungi tanda tangan daripada semua panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengelak isu membabitkan kapal tempur pesisir (LCS) berulang.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jaminan tersebut bagi mengesahkan bahawa perolehan aset ketenteraan yang bernilai besar itu adalah berdasarkan permintaan dan permohonan ATM.

Kata beliau, masalah berlaku terhadap LCS hingga menyebabkan kerugian besar adalah apabila kerajaan tidak mengikut spesifikasi yang diminta oleh ATM dan hanya fokus kepada keluhan kontraktor.

“Kalau komitmen ini dapat diberikan, saya rasa syak wasangka di luar dan di dalam dewan ini dapat diuruskan dengan lebih baik.

“Selagi kita tidak memberikan ketetapan bahawa ini adalah untuk pertahanan dan kedaulatan negara, untuk end user iaitu anggota ATM (maka) selagi itu kemusykilan ini akan berterusan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertahanan.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut meminta kerajaan menjawab tuduhan bahawa terdapat campur tangan ahli politik hingga mengagalkan usaha mereformasi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Wakil tunggal dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, kegagalan melaksanakan reformasi itu menyebabkan LTAT terlalu bergantung kepada Boustead Holdings Berhad (Boustead Holdings) hingga menyebabkan kadar faedah tahunan yang diberikan kepada anggota tentera adalah teramat rendah.

“Kalau kerajaan kata pelan reformasi ini tidak baik dan ada cadangan yang lebih baik (maka) tolong bentangkan, apa cadangan penambahbaikan yang boleh menggantikan pelan tersebut.

“Sampai hari ini kita masih belum dengar lagi dan kita masih menunggu apa pelan alternatif yang ingin dikemukakan supaya LTAT tidak sentiasa kekal (seperti itu),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya