PARLIMEN: Kerajaan dicadang naikkan elaun anggota pasukan MALBATT

PARLIMEN: Kerajaan dicadang naikkan elaun anggota pasukan MALBATT

MANNDZRI NASIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memperbanyakkan lagi bantuan dan menaikkan elaun untuk anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT).

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, pasukan MALBATT kini berada di tengah-tengah konflik peperangan antara Lubnan dan Israel yang sekaligus menyebabkan risiko keselamatan meningkat hingga mengancam nyawa anggota pasukan keamanan itu.

“Misalnya pada 6 November lalu, MALBATT 850-12 baru sahaja mendarat di bumi Lubnan (tetapi) sudah terkena serpihan (letupan) di Sidon (hingga menyebabkan) lima anggotanya cedera.

“Jadi Tenggara berharap kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan elaun yang lebih sedikit daripada kebiasaanya sebab sebelum ini wilayah yang mereka (Malbatt) jaga itu tidaklah ‘sepanas’ sekarang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, media melaporkan,  enam anggota membabitkan lima daripada MALBATT 850-12 dan seorang lagi MALBATT 850-11 mengalami kecederaan ringan susulan serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan.

Kejadian tersebut berlaku ketika konvoi MALBATT 850-12 sedang dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah.

Serangan itu dilapor menyasarkan kenderaan awam lain yang menuju ke Beirut, namun turut menyebabkan kerosakan pada bas yang membawa anggota MALBATT 850-12. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya