Parlimen: Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang pantun sindir DAP

Parlimen: Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang pantun sindir DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ParlllrALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada pagi ini kecoh kerana gara-gara Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berpantun menyindir DAP semasa sesi pertanyaan soal jawab lisan.rrrr

Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati dua pemimpin parti tersebut RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang bangkit meminta Awang menarik balik pantunnya yang dianggap menyalahi peraturan Dewan.

Bagaimanapun, Awang mempertahankan tindakannya dan berkata, ia adalah pantun balas kepada RSN Rayer.

“Tadi saya tengok Jelutong mula dengan pantun, jadi saya pun nak berpantun, lagipun saya tidak sebut individu, saya sebut organisasi, dibolehkan,” katanya.

Rayer kemudian membidas Awang kerana kerap melakukan kesalahan sama.

“Timbalan Speaker, saya tidak sebut mana-mana parti. Kenapa Pendang berulang (sentuh DAP)? Sebab itu saya minta tindakan diambil terhadap Pendang,” katanya.

Zhemin kemudian meminta Awang menarik balik pantun yang dibuat.

“Jangan buat sangkaan jahat. Saya minta 36 (6) (Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tentang tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas mana-mana ahli lain).

“Saya minta tarik balik. Mana boleh buat sangkaan jahat terhadap DAP. Sangkaan jahat itu adalah sangkaan terhadap Ahli Parlimen DAP,” jelas beliau.

Pertikaman lidah antara ketiga-tiga ahli Parlimen itu berlangsung hampir tiga minit, menyebabkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Shahar Abdullah menenangkan keadaan.

“Saya harap kedua-dua pihak mesti ambil keadaan yang lebih tenang dan berobjektif. Keputusan saya, Pendang teruskan dengan soalan,” katanya.

Pada 25 November lalu, Awang diarah keluar dari Dewan Rakyat selepas pertengkaran dalam kalangan ahli Parlimen berhubung penggunaan bahasa Cina pada papan tanda.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau membuat perintah itu selepas wakil rakyat Pas itu meneruskan pertengkaran lisan dengan Zhemin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya