PARLIMEN: Ahli Parlimen minta BNM, KKM campur tangan

PARLIMEN: Ahli Parlimen minta BNM, KKM campur tangan

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen meminta Bank Negara (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) campur tangan ke atas syarikat insurans yang didakwa menaikkan premium insurans perubatan sehingga 70 peratus tahun hadapan.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, tindakan syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan kepada rakyat jelas menyalahi etika sedangkan industri insurans dilaporkan mengaut keuntungan tinggi separuh tahun pertama tahun ini.

“Tindakan syarikat insurans nyawa menaikkan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus (tahun depan) sememangnya tidak bermoral dan beretika.

“Mereka sudah untung banyak tetapi masih mahu keuntungan yang lebih tinggi. Mengikut Bank Negara, keuntungan pendapatan secara keseluruhan syarikat insurans nyawa dan dana takaful keluarga adalah lebih tinggi untuk separuh tahun pertama 2024 iaitu RM8.4 bilion berbanding separuh tahun kedua 2023, iaitu sebanyak RM3.2 bilion.

“Jadi BNM dan KKM harus campur tangan dan mengatasi kos perubatan hospital swasta yang kian meningkat sehingga ia dijadikan sebagai alasan kenaikan premium insurans perubatan,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara ini turut dibangkitkan lima Ahli Parlimen KEADILAN iaitu Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), Jimmy Puah (PH-Tebrau), Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), Yuneswaran (PH-Segamat) dan Chiw Choon Mun (PH-Miri).

Mereka memohon siasatan dan penelitian semula terhadap syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) di negara ini yang didakwa tidak bersikap adil iaitu bukan sahaja menaikkan premium insurans secara mendadak, malah perlindungan diberikan tidak setimpal dengan kadar dikenakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya