PARLIMEN: 5,703 murid sekolah terlibat kes buli

PARLIMEN: 5,703 murid sekolah terlibat kes buli

WONG Kah Woh semasa sesi Dewan Negara, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,703 kes buli direkodkan melibatkan murid sekolah berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) setakat 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan terutama melibatkan murid sekolah yang sering dilaporkan di media sosial walaupun angka itu menunjukkan penurunan berbanding 5,891 kes direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Bentuk-bentuk buli yang kerap berlaku adalah secara fizikal, verbal, serta buli siber, dan kegiatan ini sering terjadi akibat pengaruh rakan sebaya, tekanan sosial, dan kurangnya kawalan emosi dalam kalangan murid.

“KPM konsisten menangani gejala buli dalam kalangan murid melalui aktiviti pencegahan, penguatkuasaan peraturan dan langkah intervensi oleh pengetua dan guru besar. KPM mengambil empat aspek utama iaitu penyedaran, pelaporan, pemantauan, dan penghukuman,” katanya ketika menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit di Dewan Negara, hari ini.

Kah Woh turut berkata, pihaknya telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Pada masa yang sama, KPM turut melaksanakan Program Pembinaan Karakter Generasi MADANI (GenMADANI) di mana program ini adalah salah satu usaha bagi mengekang kegiatan buli dalam kalangan murid.

“Sebahagian besar modul yang diguna pakai dalam pelaksanaan program ini merangkumi domain patriotisme dan kenegaraan dengan penerapan unsur disiplin diri, pengurusan masa, kecergasan fizikal, kognitif serta amalan kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial,” ujarnya.

Seramai 2,542 orang murid terlibat dalam Program rintis GenMADANI tahun ini, terdiri daripada murid tingkatan empat, tingkatan enam, Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia dan pelajar kolej matrikulasi.

Melalui projek rintis ini, KPM pada tahun hadapan akan memperluaskan pelaksanaan program selari dengan Konsep Generasi MADANI dengan menambah baik modul sedia ada,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya