PARLIMEN:  4,715 kes culas nafkah dicatat sejak 2021

PARLIMEN:  4,715 kes culas nafkah dicatat sejak 2021

DR. ZULKIFLI HASAN-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,715 kes pelanggaran perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah telah direkodkan sejak tahun 2021. 

Perintah itu bagi memastikan hak isteri dan anak-anak terjamin serta dilindungi selepas berlaku perceraian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengambil inisiatif dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada tahun 2008 bertujuan menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. 

Beliau berkata, BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh orang yang dipertanggungkan kepada orang yang bertanggungan  di bawah undang-undang.

“Pada tahun 2021, sebanyak 872 kes berjaya diselesaikan atau 55 peratus daripada 1,571 kes yang didaftar.  Manakala pada tahun 2022, sebanyak 1,096 kes berjaya diselesaikan atau 68 peratus daripada 1,600 kes yang didaftarkan. 

“Pada tahun 2023, sebanyak 1,102 kes berjaya diselesaikan atau 59 peratus daripada 1,844 kes yang didaftarkan. 

“Pada Januari hingga November 2024 pula, sebanyak 1,076 kes berjaya diselesaikan atau 58 peratus daripada 1865 kes yang didaftarkan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang meminta kerajaan menyatakan sejauh mana keberkesanan BSK JKSM sejak diperkenalkan dan adakah terdapat usaha untuk menyelaraskan dan menambah baik enakmen serta undang-undang keluarga Islam negeri-negeri supaya dapat dikuatkuasakan dengan lebih tegas terhadap suami atau bapa yang culas membayar nafkah.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kerajaan mengambil beberapa inisiatif dalam menguatkuasakan perintah nafkah terhadap orang yang culas membayar nafkah dengan melibatkan penyelarasan dan penambahbaikan undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, BSK telah mengambil langkah proaktif dengan merancang untuk penyelarasan undang-undang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah bagi memantapkan lagi peranan BSK dalam undang-undang.

“BSK JKSM telah melaksanakan pelbagai kaedah pelaksanaan bagi memastikan perintah nafkah atau mut’ah sentiasa dipatuhi termasuk pelaksanaan perintah Hiwalah (Garnishee Proceeding) kepada institusi kewangan dan perbankan. 

“Tindakan ini dilaksanakan berikutan pindaan kepada tiga Akta iaitu Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pindaan Jadual 11) Tahun 2021 bagi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758],

“Selain itu, Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Pindaan Jadual 11) Tahun 2021 bagi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan Jadual Keempat) Tahun 2021 bagi Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya