PARLIMEN: 31,481 penjawat awam bersara awal

PARLIMEN: 31,481 penjawat awam bersara awal

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 31,481 penjawat awam telah bersara awal bagi tempoh 2022 hingga 2024 mengikut kategori bawah 50 tahun, bawah 55 tahun dan bawah 60 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah penjawat awam yang telah bersara awal bagi tahun 2024 setakat September lalu mengikut kategori bawah 50 tahun adalah seramai 826 orang, 5,569 orang (bawah 55 tahun) dan 1,804 orang (bawah 60 tahun).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan penjawat awam yang telah bersara awal sehingga September lalu adalah seramai 8,199 orang.

“Bagi tempoh 2022, mengikut kategori bawah 50 tahun adalah seramai 979 orang, 7,379 orang (bawah 55 tahun) dan 2,707 orang (bawah 60 tahun) menjadikan jumlah keseluruhan seramai 11,065 orang.

“Manakala bagi tempoh 2023, mengikut kategori bawah 50 tahun adalah seramai 1,166 orang,  8,099 orang (bawah 55 tahun) dan 2,952 orang (bawah 60 tahun) menjadikan jumlah keseluruhan seramai 12,217 orang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah penjawat awam telah bersara awal mengikut kategori bawah 50 tahun, 55 tahun dan bawah 60 tahun, dari Januari 2020 sehingga Ogos 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya